Single is not a status. It's a word that describes a person who is strong enough to live and enjoy life without depending on others

Saturday, August 20, 2011

sabar itu indah

salam ramadhan :)
aku tak tau kenapa pagi ni aku bgn2 terus menghadap lappy n nak update blog pasal SABAR. mungkin sbb dah lama kan aku dgr pasal sabar ni,abg pun selalu membebel suruh aku bersabar so aku rasa hari ni aku nak share dgn korang semua ttg sabar :)

maksud sabar : dari segi bahasa sabar beerti menahan atau mengekang.dari segi praktiknya,sabar bererti menahan atau mengekang diri daripada rasa keluh kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tidak disukai.lawan kepada sifat sabar adalah sedih dan keluh kesah.

sabar dalam Islam terbahagi kepada tiga :
  • sabar dalam menunaikan perintah Allah
  • sabar dalam meninggalkan larangan Allah
  • sabar dalam menghadapi musibah (ujian) daripada Allah


tapi perasan tak kita manusia bila ada masalah kita akan resah habis,ada yang siap nak nangis lagi n bila one of our fren cakap camni "sabar la insyaallah bole setel" mst kite cam nak marah kan.kita tak nak dgr perkataan sabar tu tapi yang kite nak solution towards problem kite.tapi kite tak sedar yang sebenar nya sabar tu juga merupakan satu penyelesaian dan tindakan..alpa nya manusia

cube kite semua pejam mata dan fikirkan sabar dan kaitan nya dengan alam semesta ciptaan Allah ni..sedar tak kita semua bahawa matahari terbit dari sebelah timur dan naik sedikit demi sedikit utk tenggelam di sebelah barat..tumbuh-tumbuhan membesar sikit demi sedikit daripada anak benih sampailah berbatang,berdahan,beranting,berdaun dan berbuah dan begitu jugalah penciptaan haiwan,manusia dan planet. segala2 nya mematuhi hukuman tadarruj( satu pendekatan secara bertahap atau beransur-ansur dalam memastikan perlaksanaan hukum syarak dijalan kan secara berkesan dan sempurna) yang bertapak atas kesabaran.

kenapa kita tak boleh bersabar sedangkan Allah juga bersabar?? kalau kita fikir kenapa agaknya allah tak terus menghukum hambanya yang melanggar atau meninggalkn suruhanNya? Sebab Allah sebagai pencipta yang Maha Berkuasa juga memiliki sifat sabar itu. Allah memberi kita ruang untuk bertaubat dan kembali taat kepadaNya..Mulianya Allah.

orang yang beriman akan mendapat kekuatan daripada sifat sabar. hatinya mampu mengaitkan ape yang terjadi dengan ketentuan Allah. apabila berlaku sesuatu musibah terhadap dirinya , dia dapat menerima dan menghadapinya dgn baik kerana mereka menyedari hakikat bahawa :

  • Yakin akan mendapat pahala tanpa batas daripada Allah.
  • mendapat berita gembira dengan rahmat dan petunjuk daripada Allah
  • diampunkan segala dosa
  • mendapat syurga di hari akhirat kelak
langkah praktis memupuk sabar :)

  1. bertahan ketika menghadapi hentaman pertama
  2. segera mengingati Allah dan mohon keampunanNya
  3. tidak tergesa-gesa menampakkan musibah itu kepada org lain
  4. cari punca masalah,sediakan alternatif penyelesaian dan bertindak
sememangnya sabar itu bukan perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan

sabar ganjarn nya syurga. penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga.

apabila musibah menimpa,perasaan kita tergugat. fikiran terganggudan jiwa bercelaru. diri seolah-olah diselubungi kegelapan.namun apabila sabar bertandang perasaan,fikiran dan jiwa kan stabil semula.diri yang tadinya gelap akan dilimpahi cahaya.benarlah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "sabar itu umpama sinar matahari". (Muttafaq 'alaih)



jadi tidak syak lagi bahawa sabar adalah syarat untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.marilah kita bersama-sama cube memupuk perasaan sabar dalam hati masing-masing agar kita sama-sama berjaya didunia dan di akhirat. Insyaallah.


p/s: post kali ini adalah untuk mengingati diri sendiri dan juga sesiapa sahaja yang membacanya..tak salah kan berkonsi sesuatu yang baik di bulan ramadhan,terima kasih kepada majalah solusi isu no 31 atas info2 tentang sabar :)



love,
sofea adila ahmad shahrin

No comments:

Post a Comment