Single is not a status. It's a word that describes a person who is strong enough to live and enjoy life without depending on others

Tuesday, June 7, 2011

dugaan mungkin??

tak tau la kenapa aku tak tido lagi sedangkan mata dah layu habis..sebelum aku memanjangkan dan meluahkan ape yang terbuku dihati ini aku nak minta maaf sgt dekat abg sbb aku still tak tido lagi even aku dah txt dia cakap nak tido dah..sayang sory i tipu tapi i sgt stress..sori i tak cite kat u pasal hal ni sbb i tak sedia lagi..

tak tau nak mula dari mana sbb dah banyak sgt kes yang buat hati makin luluh..since "k" pindah aku rasa kosong gila..rasa sedih..rasa macam takde membe je..semua sbb dari part 1 aku rapat dengan "k"..bila dia bla g kolej lain mmg rase tak semangat langsung sampai la "e" datang approch aku..so aku happy gila dengan dia.. "e" thanx a lot :) bukan nak kata aku takde "p" n "m" aku ade tapi cume mmg dari dulu kiteorg tak rapat..cerita kiteorg berbeza.kadang2 aku rasa macam terhegeh2 dekat dorang sbb 2 la aku ambik pendekatan untuk close dengan "e"..

semua orang mesti tau kan,,ade beza antara KAWAN dengan KAWAN BAIK so sepatutnya ape yang aku rasa ni tak wujud..plus2 umur dah 19..dah cukup besar untuk berfikiran matang..mungkin bukan matang dalam semua perkara tapi..hmm tah la..aku pun tak boleh nak senang2 buat andaian sbb aku pun bukan manusia yang perfect,takde yang perfect pun sebenanye,hanya Allah sahaja yang sempurna..

sem 3 mmg sem yang tough..aku rase berat dalam semua subject..tapi nak tak nak aku kene face jugak demi masa depan aku..lagipun last sem pointer aku jatuh kan..so aku ingatkan aku nak perform la sem ni..tapi tak sempat ape2 lagi2 macam2 ujian datang dulu..bukan nak menyalahkan takdir..cume kadang2 benda 2 tanpa sedar kite dah mempersoalkan nya..tapi aku tahu semua yang jadi,segala ujian yang aku kene face pasti ade kebaikan nya,pasti ade ganjaran nya..

kadang2 rasa pelik jugak kenapa baru sekarang hal ni di persoalkan..rasa macam hak asasi terganggu..tapi ape je aku bole buat..aku sorang tak macam org lain..susah nak terang maksud lain dekat sini..so biarjelah aku yang faham..rasa macam nak tanya je..kenapa awak nak ambik bahagia yang baru saya rasa..lepas "k" pergi aku ambik masa satu sem untuk rapat dengan "e" tapi bila aku dah sgt close dah sangat selesa macam tu je kamu,kamu dan kamu nak split kan aku dan "e"??

mungkin ade di kalangan kamu merasakan bahawa aku telah merampas "e" dari mereka yang memerlukan,dan ade juga yang merasakan "e" juga merampaskan aku dari habitat asal aku..tapi kamu semua tahu ke cerita di sebalik tabir?tahu ke ape yang aku lalui bersama "e"??tak bukan??jadi mengapa dengan senang hati nya kamu menunding jari??

sedarlah bahawa aku juga manusia yang punya hati dan perasaan..aku banyak sabar sbb cuba pulihkan keadaan..tapi kau tak membantu..aku terkapai di tengah lautan sekali pun masih kau tak sedar wahai kawan yang istimewa..aku tak mintak kau menghormati cuma bagi aku ruang dan kebebasan sebagai manusia biasa..

aku sedar segala yang aku lakukan akan membawa kepada kontroversi yang hebat,membawa kepada perdebatan yang hebat..tapi takpe,aku dah bersedia dengan segala risiko yang akan aku ambil dengan membuat keputusan untuk berdiam diri..aku diajar untuk bersabar dalam menjalani kehidupan aku..dan aku selalu pegang everything happen for a reason..insyaallah satu hari nanti ade yang indah dalam hidup aku..

untuk "e" akhirnya kita terpaksa ambik keputusan untuk berjauhan..rasa sayang terhadap "e" baru menebal tapi dihalang oleh mereka yang sempit pemikiran nya..percayalah bahawa aku tak kan pernah lupa segala jasa "e" yang telah mengutip aku selepas perginya "k" untuk berjuang di tempat lain..maaf sbb aku dah mengheret "e" ke dalam lembah hitam hidup aku sedangkan "e" baru sahaja mendapat sesuatu yang indah dalam hidupnya..

segala yang jadi ni akan aku jadi kan pengajaran dalam kehidupan akan datang..kawan mmg ramai tapi nak cari kawan waktu susah dan senang mmg agak memerlukan masa..tak mudah untuk berpisah macam tu sahaja..sedih tapi aku perlu simpan air mata demi "e".aku taknak dia tahu aku lemah taknak dia tahu aku sakit kat tempat paling dalam sekali kat hati..


untuk "e" aku sayang kau sgt tapi kita terpaksa ambik keputusan ni untuk menjaga hati orang2 lain..aku akn cube untuk tidak menitiskan air mata depan kau so that kau tak kan tau betapa sakit nye aku dengan keputusan kita ni..sekarang aku faham kenapa abg suruh aku sentiasa berdikari..ye aku mula faham corak kehidupan sebenar..

yang perlu aku lakukan sekarang ni hanyalah bersabar dan berdoa segala masalah ini akan selesai dengan cara yang baik..seribu kemaafan aku mohan kepada kau "e" andai aku punca segala permasalahan kau..






tak mampu lagi berkata apa
hati makin terasa lara
bila kan hadir pengakhirannya.

No comments:

Post a Comment